Showing posts with label ridmasfood. Show all posts
Showing posts with label ridmasfood. Show all posts

June 26, 2015

HUBUNGI KAMI




Untuk urusan jual beli atau sebarang pertanyaan mengenai produk sila hubungi saya melalui:


HP No:  016 681 0844 (Telegram /whatsapp only)

Email/YM: mines_m2@yahoo.com





T.kasih

June 10, 2015

Mutiara Berharga dalam mendidik anak

"Marahnya ibu bapa adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman"...



Mutiara Berharga dalam mendidik anak :-

1.Pandang wajah anak dengan penuh kasih sayang.
2.Doa kebaikan dunia & akhirat buat anak.
3.Jauhi perkataan yang menyakiti hati anak kerana mereka juga ada hati & perasaan.
4.Sabar dalam membimbing anak kerana mereka adalah ASET Syurga buat kedua ibu bapa.
5.Syukur pada Allah dipinjamkan seketika anugerah bernilai dengan mempunyai anak-anak di sisi kita.
6.Ibu bapa sejati TIDAK AKAN MERUNGUT dalam melayani karenah anak kerana mereka adalah KURNIAAN TERINDAH dari Allah.
7.Bimbing anak dengan iman & taqwa serta akhlak mulia agar kekal bersama hingga ke syurga.

June 09, 2015

REZEKI






Ya Allah, jadikan hari ini sebagai 
Pintu rezeki dan keberkatan,
Pintu kebaikan dan nikmat,
Pintu kesabaran dan kekuatan,
Pintu kesihatan dan keselamatan dan
Pintu syurga bagi kami

Aminn

June 08, 2015

TOMATO UNTUK KECANTIKAN

10 KHASIAT TOMATO, UTK KECANTIKAN WAJAH 

heart emotico


1. Bagi anda yang menghadapi masalah jerawat, cuba petua ini. Lenyek tomato dan sapukan pada keseluruhan wajah terutama di bahagian berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah atau dalam anggaran 30-40 minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

2. Tomata juga dikatakan dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya mudah sahaja, potong tomato kepada dua bahagian. Ambil separuh dan sapukan paada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.

3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian baru bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.

4. Bagi atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker dan sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering selamat kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.

5. Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis. Hasilnay kulit akan cerah sekata.

6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Just tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

7. Kebanyakan wanita mengalami masalah dehidrasi kerana bekerja dalam bilik yang menggunakan pendingin hawa. Akibatnya kulit menjadi kering dan ada juga yang bersisik. Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bila dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

8. Tomato juga boleh digunakan untuk merawat rambut kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato dan balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ia dapat membuatkan rambut anda sihat dan bersinar.

9. Lenyek tomato dan sapukan dibahagian kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

10. Bagi meghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah

May 29, 2015

TUTTI FRUITI at home



YUMYUMMMM.....sedapnya tutti fruiti...!!!

Nak makan tutti fruiti MAHAL..! sikit jer pon dah cecah RM5 ke atas.. kalo makan sendiri boleh la nak budget2.. TAPI gi ngan ANAK2.. Camner..??? 

Sanggup ker cut cost untuk anak2...???
atau pesan kat anak2 jgn amik banyak2.. kecur air liuq anak tu... baru nak have fun dah kena warning.. hilang selere trosss..!

















All item is READY STOK












OKAY sekarang TAK PERLU RISAU LAGiiiiii.. Sebab kami ade special untuk seisi keluarga...

filling ade Honey sunflower, pitaschio, dan gajus

Tengok kat picture tu... RM bedal semua filling.. nak rase kenikmatannye.. sedapppp...!!!

Boleh letak seberapa mana nak letak nuts tu.. anak lebih happy kan bile beraktiviti bersama... makan Bersamaaaa.. Tiap hari makan pon no probs..! hihiiii










untuk for detail boleh terus PM inbox kami..

STOK TAK BANYAK DAH... 


Available to pos  ke seluruh malaysia

fos fast action whatsapp kami ke 016-6810844

May 27, 2015

Kolagen pembunuh senyap

Kolagen pembunuh senyap
Wartawan Sinar Harian25 Mei 2015




Rumpai laut
Rumpai laut
Kolagen pembunuh senyap
Struktur kolagen
JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.

Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini.

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar.

PPIM terima aduan pengguna

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut. 

“Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.

“Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan,” katanya.

Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.

“Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit,” katanya.

Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.

“Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.

“Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri,” katanya.

Rosakkan organ dalaman

MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.

Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.

“Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.

“Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya.

Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.

“Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.

“Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis,” katanya. 

Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.

“Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil,” katanya.

Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.

Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.

“Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh,” katanya.

Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia dia

March 27, 2015

PITASCHIO RESTOK LAGI

Assalamualaikum :P

 Hopefully semua baik2 aje ok disamping keluarga tersayangg :P
Ok, New update... New restok... maaf ye dah lame tak update stok kat fb.. hiihihihhh...

ok.. semua ni pitaschio dan gajus ready stok.. berminat boleh la wasap ye...

COD area berdekatan spt :

Aeon big klang, tesco setia alam, giant setia alam, dan yang berdekatan area tu lah... hihiii






only @ridmasfood

Boleh view my ig ye.. @ridmasfood atau Pages kami di Ridmas Blog


Fan page : ridmas Blog
ridmas : 016-6810844 

Sekian, terima Kasih daun keladi  :P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...