January 16, 2015

7 khasiat kacang gajus

Assalamualaikumm...




RM nak sharekan kelebihan siapa yang makan kacang gajus ni... Nows days RM perasan ramai sangat yang dok beli kacang ni... musim ker..?? trend ker... even harga not bad tapi tak di sangkal.. ia mendapat sambutan... buat kudapan untuk diri sendiri dan anak-anak pon bagus sebab ia baik untuk kesihatan..

7 KHASIAT KACANG GAJUS
-------------------------------------------

1. Sumber AntioksidanGajus kaya dengan antioksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas yang sering dikaitkan dengan kanser. Antioksidan gajus juga dipercayai dapat mengurangkan risiko kencing manis dan batu karang.

2.*Kandungan tembaga gajus amat tinggiTembaga amat penting dalam penghasilan tenaga. Ia juga membantu urat darah, tulang dan sendi menjadi lebih flexsibel. Tembaga juga diperlukan bagi membolehkan otak berfungsi dengan baik. Orang yang kurang tembaga amat mudah mendapat selaran matahari, sindrom lesu yang kronik, murung dan pelbagai gangguan neurologi.

3. Kandungan zink gajus amat tinggi Zink bermanfaat untuk menentang penyakit. Kandungan zink ini menjadikan gajus sebagai antibakteria antifungal yang berkuasa. Pengambilan gajus sebagai diet harian dapat memperbaiki kekebalan diri seseorang terhadap jangkitan mikrobial.

4. Gajus juga baik untuk kesihatan mulutKandungan kimianya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi.

5. Gajus adalah "Mesra Jantung"Ini kerana gajus mempunyai lemak sihat 'monounsaturated' yang mengalakkan kesihatan kardiovaskular. Lemak ini dapat mengurangkan paras triglyceride yang tinggi yang sering dikaitkan dengan peningkatan risiko *penyakit jantung.

6. Gajus amat kaya dengan vitamin'Vitamin penting seperti vitamin B5, B6 dan B1.

7. Gajus mengandungi sejumlah kecil zeaxanthinIa merupakan antioksidan flavonoid yang baik untuk kesihatan mata

best kan kelebihannya.. now days kesihatan sangat penting.. kudapan pon di ambil kira... so, makan lah makanan yang membawa kebaikan seperti kacang gajus ni.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...