Pistachio berasal dari negara Timur Tengah dan Asia.
Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini.
Selain kacang pistachio, buah kismes juga makanan genius. Dulu-dulu makan kismis jer.. pastu selawat keatas Nabi saw. Mase tu kenal kismis jer.. lagi pula murahhh...Hasilnya daya ingatan meningkat. Cendekiawan serta ilmuan sering memakan kacang pistachio bersama buah kismes dan dicampur susu dan madu.
Bagi pelajar tahfiz, kacang pistachio dan buah kismes memang tidak dapat dipisahkan kerana makanan ini mempunyai rasa yang lazat serta khasiat yang elok untuk akal fikiran kita.
Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.
Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.
Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.
Jika membelinya, pilihlah yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.
No comments:
Post a Comment