October 02, 2015

KELEBIHAN VITAMIN C



Apa itu VITAMIN C ??

Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Adakah anda tahu keistimewaannya?

Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan.

Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah. 


KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN PENGAMBILAN VITAMIN C :

1) Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.

2) Pembuangan toxin-toxin dari dalam badan.

3) Sebagai anti-oksident ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksident, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.

4) Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bile berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.

5) Penyembuhan luka. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat. 

6) Agen mengurangkan rasa sakit.

7) Mengurangkan alahan.

8) Penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).

9) Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.



WHATSAPP / TELEGRAM SEGERA KE

016 681 0844

016 681 0844

016 681 0844

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...