March 01, 2016

CARA BUANG LEMAK DI PERUT!!

CARA BUANG LEMAK DI PERUT!!



.
Masalah lemak di perut memang boleh buat kita rasa menyampah!

Selain tak seronok dipandang mata, keadaan tersebut juga boleh membuatkan kita kurang selesa dalam berpakaian ataupun beraktiviti.Sebelum kita nak tau cara buang lemak perut tu ape kata kite ketahui penyebabnya dlu

Penyebab Lemak Di Perut
⚪ Kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.
⚪ Gaya hidup kurang sihat.
⚪ Program diet yang salah.
⚪ Pengambilan kalori yang tidak seimbang dan kurang bersenam.
⚪ Hormon stress.
⚪ Faktor keturunan.
⚪ Merokok.

Macam Mane Nk Buang Lemak Perut Ni?
.
Ini adalah beberapa makanan yg mampu membakar lemak di perut anda..
.
➡ JUS TEMBIKAI
Jus tembikai mengandungi air yang berfungsi sebagai ‘hydrator’ semulajadi. Selain itu, jus tembikai juga mempunyai banyak nutrisi dan salah satunyu likopen yang mampu melawan kanser serta asid amino yang berfungsi sebagai ‘arginin’. Arginin dikatakan menurun lemak tubuh dan juga meningkatkan massa otot.
.
➡TEH HIJAU
Terlalu banyak khasiat teh hijau, selain mengurangkan risiko kanser ia juga bagus untuk menjaga kesihatan jantung. Di dalam teh hijau juga tedapat kandungan ‘catechin’ iaitu antioksidan yang dikatakan mampu mengurangkan lemak di perut.Anda disarankan minum teh hijau sebelum bersenam kerana ia boleh meningkatkan pembakaran lemak semasa aktiviti senaman berlangsung.

➡ IKAN SALMON
Ikan Salmon kaya nutrisi seperti protein dan asid lemak Omega 3 yang diperlukan oleh jantung. Ia juga rendah kalori dan tidak berlemak.

➡ OATMEAL
Selain sesuai dinikmati ketika bersarapan pagi, oatmeal juga elok dimakan pada siang dan juga malam hari. Pengambilan oatmeal dikatakan mampu membantu kelenjar tiroid untuk mengeluarkan hormon yang dapat meluruhkan lemak di dalam perut.

➡ YOGURT
Bakteria baik yang terdapat di dalam yogurt mampu membuang racun di dalam perut anda sehingga penyerapan nutrisi makanan pun dapat berjalan dengan lebih lancar. Yogurt merupakan salah satu makanan yang dapat membakar lemak dengan cepat. Yogurt boleh mempercepatkan metabolisme di dalam perut.
.
SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...