Coffee scrub banyak digunakan di tempat spa dan sangat berkesan untuk membuang lapisan kulit yang mati atau sebagai exfoliate skin.
Kandungan kafeinnya membantu meremajakan sel-sel kulit dan membuat kulit terasa lembut dan halus.
Menggunakan coffee srub sesekali adalah sangat baik kerana ianya membantu Anda merasa lebih rileks sekaligus meremajakan kulit.
Berikut adalah cara membuat coffee scrub di rumah:
1. Ambil mangkuk berukuran sedang, tambahkan 1/2 cawan gula pasir putih dan 1/2 cawan gula pasir coklat (brown sugar). Jika tiada gula pasir coklat (brown sugar), boleh juga menggunakan secawan penuh gula pasir putih.
2. Tambahkan 7 sudu besar serbuk kopi.
3. Tambahkan 1/3 cawan garam.
4. Tambahkan 5 sudu teh extra virgin olive oil. Anda boleh juga menggunakan jenis minyak lain seperti almond dan seumpamanya.
Boleh juga menggunakan baby oil. Penambahan minyak ini untuk membuat campuran agar lebih lembut. Campur minyak dengan bahan lainnya hingga rata.
5. Tambahkan satu sudu teh minyak lavender atau tea tree oil untuk menambahkan aroma, jika Anda mahu. Kacau hingga merata. Gunakan coffee scrub ini sebelum atau boleh juga ketika anda mandi.
Penambahan gula dalam scrub adalah untuk membuat kulit lebih bersinar, manakala kopi dan garam berfungsi untuk mengelupas lapisan kulit yang kering dan membersihkan kulit.
Coffee scrub ini juga bermanfaat untuk mencegah dan menghilangkan selulit.
selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment